Isnin, 27 Jun 2016


Pasti ramai minat lagu raya...Di ofis aku pakat ramai-ramai menyanyi lagu raya..siap buka lagu raya kuat-kuat tu..memang terbaik lagu raya..biasala kan setahun hanya sekali je raya...bila dengar lagu raya sayu je rasa..tambah-tambah yg kerja jauh nun diperantauan org tu..nangis kot dengar lagu raya ni...
Ada lagu gembira dan ada yang sedih...disebalik lagu tu mesti ada yg tersirat...moga raya kali ni kita gembira semua....
yg nak balik kg jauh tu hati-hati semasa memandu k.....ingatlah orang yg tersayang....
Saya sertakan tajuk lagu untuk anda download t sebelum raya..blk raya xboring sgt bwk kereta tu..See U raya t......................................

30 Lagu Hari Raya Terbaik Sepanjang Zaman

  1. Fazidah Joned - Selamat Hari Raya
  2. Junainah M Amin - Suasana Riang Di Hari Raya
  3. M. Nasir - Satu Hari Di Hari Raya
  4. Ahmad Jais - Selamat Hari Raya
  5. Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang
  6. Sanisah Huri - AidilFitri
  7. Aishah - Pulanglah
  8. Aishah - Setitis Cahaya di Aidilfitri
  9. Rahimah Rahim - Selamat Berhari Raya
  10. Aman Shah - Kepulangan Anakmu
  11. Amy Mastura - Setahun Sekali
  12. Rafeah Buang - Bila Takbir Bergema
  13. Black Dog Bone - Cahaya Di Aidilfitri
  14. D.J Dave - Menjelang Hari Raya
  15. Dayang Ku Intan - Senandung Hari Raya Untukmu
  16. P. Ramlee - Dendang Perantau
  17. Jay Jay - Hari Raya Bahagia
  18. Jeffrydin - Musafir Di Aidilfitri
  19. Mamat (Exist) - Ku Pohon Restu Ayah Dan Bonda
  20. Sharifah Aini - Suasana Hari Raya
  21. Siti Nurhaliza - Anugerah AidilFitri
  22. Siti Nurhaliza - Sesuci Lebaran
  23. Sudirman - Balik Kampung
  24. Sudirman - Dari Jauh Ku Pohon Maaf
  25. Sudirman - Selamat_Hari_Raya
  26. Uji Rashid & Hail Amir - Seloka Hari Raya
  27. Sheila Majid - Hari Mulia
  28. Anuar & Ellina - Suasana Hari Raya
  29. Azlina Aziz - Indahnya Beraya di Desa
  30. Noorkumalasari - Pulang Di Hari Raya

Ahad, 26 Jun 2016

Dah dekat nak raya sekarang...Pakat ramai dok update status pi beli pakaian raya bg tahun ni...Seronok tengok ibu bapa bawa anak-anak pergi membeli baju raya...


Dengan kegawatan ekonomi sekarang admin harap jangan la membazir...

1) Berbelanja mengikut kemampuan - rancang budget anda dan sentiasa beringat situasi kewangan anda, jangan sekali-kali 'lebih nafsu dari mampu' 2) Letak keutamaan/priority dalam setiap perbelanjaan anda - antara perabot dengan makanan, atau pakaian dengan duit raya, yang mana lagi penting. Ingat, mesti ikut budget! 3) Sediakan segala keperluan raya di awal waktu, elakkan pembelian saat akhir kerana ini boleh membawa kepada over budget kerana masa yang suntuk dan pilihan yang tidak banyak. 4) Jangan lupa simpanan anda - walaupun nak raya, simpanan tetap kena simpan (minimum 10% dari gaji). Mana la tau tiba-tiba emergency at least anda sudah bersedia.

Semasa dekat nak raya jangan buat perkara ini.


  • Jangan membuat pinjaman tunai dari kad kredit
  • Jangan membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk belanja raya
  • Elak dari memohon 'Cash in Advance' dari Bos anda
  • Elak dari berbelanja besar menggunakan kad kredit
  • Jangan sesekali meminjam wang dari peminjam wang tidak berlesen

Waktu Ramadhan di Bazar Ramadhan..Elakkan


  • elakkan makanan yang mahal
  • jangan membeli terlalu banyak makanan untuk berbuka, membazir
  • buat tempahan awal jika mahu berbuka di luar
  • ambil kesempatan jika berbuka di luar dengan promosi berbuka puasa

Waktu Shooping Raya Elakkan

  • Jangan shopping hanya kerana terpengaruh dengan sales raya
  • Pastikan anda mampu untuk ber-shopping
  • Beli barangan yang perlu sahaja - contohnya, cuma beli sepasang baju, jangan melebih-lebih sebab beli baju maka kena beli kasut, tudung, accessories dll
  • Setelah memilih barang untuk dibeli, periksa kualiti biar bersesuaian dengan harga 

Semasa Balik Kampung

  • untuk pemandu yang berseorangan, pilih lah untuk Carpool - lebih gembira dan selamat
  • buat pilihan jalan yang terbaik untuk perjalanan selesa (cek traffic report, eksiden dll)
  • pastikan memandu kereta yang sudah di-service baik
  • cek tekanan angin tayar kereta anda - tayar kempis menambahkan penggunaan minyak kereta
  • mengamalkan pemanduan selamat - memandu lagu dan selalu brek mengejut juga menambahkan penggunaan minyak kereta
  • Jangan gunakan lorong kecemasan..Lorong tu untuk kes Kecemasan sahaja.

p/s:So...Berhatilah semasa blk kg..Puasa biar cukup..Jgn pula berbuka awal...admin pernah tolong abg berniaga di bazar..siap ada org pi tapau lauk sambil dok kunyah nasi lagi.....xde adab lgsg..hehe

Kuasa Allah S.W.T..
Cara pendinding rumah

Ketika rumah anda telah dikunci dengan rapi,maka letaklah TAPAK TANGAN KANAN ke pintu
pada ketika itu berdoalah

1)MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH (3X)
2)BERSELAWAT KEATAS NABI SAW (3X)
3)BACA AYATUL QURSI (1X)
4)BACA SURAH YASIN (AYAT KE.9) (1X)

"Wa ja"alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun

maksud: "dan kami adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat..
Subhanallah....Bayi Baru Lahir Menggangkat tangan Untuk Berdoa..
Baru ini admin terima wassup gambar bayi baru lahir angkat tangan berdoa ketika lahir..
betul ke tidak kesahihannya..Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu....Kita hanya mampu melihat..Allah S.W.T yang merancang semuanya....

#kadangkala gambar edit pun boleh juga
#Moga dikasih anak soleh solehah Aamin...


Rabu, 22 Jun 2016

INFO DIFTERIA

PENYAKIT YG DISEBABKAN OLEH BAKTERIA CORYNEBACTERIUM DIPHTERIAE DAN BOLEH MEMBAWA MAUT

CARA JANGKITAN
-TERSEBAR MELALUI TITISAN RESPIRATORI APABILA BERSIN , BATUK ATAU BERCAKAP. IA JUGA BOLEH MEREBAK MELALUI SENTUHAN.

TANDA DAN GEJALA

> SAKIT TEKAK
>DEMAM PANAS
>SUKAR MENELAN
>SUKAR BERNAFAS
>SAKIT KEPALA
>KELETIHAN
>BENGKAK KELENJAR LEHER
>LENDIR HIDUNG BERBAU DAN BERCAMPUR DARAH

PENCEGAHAN
>IA BOLEH DICEGAH DENGAN PENGAMBILAN VAKSIN BAGI MEMBENTUK ANTIBODI ATAU PERTAHANAN DALAM BADAN

>PASTIKAN ANAK ANDA MENDAPAT IMUNISASI MENGIKUT JADUAL YANG DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KOMPLIKASI PENYAKIT
>JANGKITAN PARU-PARU
>JANGKITAN TELINGA
>RADANG SARAF
>KEROSAKAN OTOT JANGTUNG
>LUMPUH
>KEGAGALAN PERNAFASAN
>KEMATIAN


RAWATAN.
>ANTIBIOTIK AKAN DIBERIKAN UNTUK MENCEGAH KOMPIKASI

PESANAN
>SEKIRANYA ANAK ANDA MEMPUNYAI TANDA DAN GEJALA DI ATAS SEGERAKALAH KE KLINIK KESIHATAN ATAU HOSPITAL BERHAMPIRAN


info KKM....

banyak tempat telah kena...berhati-hati cegah sebelum terlambat....






Bercuti @ AcehCuti umum hari buruh dan wesak, bertarikh 16 Mac - 19 Mac 2016 aku ke Banda Aceh bercuti @ lawatan amal ke rumah anak-anak yatim.Travel agent dari Lembaga Tabung Haji.Rombongan seramai 30 orang adala diketuai ustaz Ameer Lutfi Bin Abdullah dari Lembaga Tabung Haji. Kos ke sini seorang RM1150 melalui package agen pelancongan dari tabung Haji. Matlamat lawatan ke Aceh adalah untuk bercuti sambil  beramal, Serta melawat tempat Mangsa-mangsa Tsunami..Penerbangan Pada Hari Pertama dari Penang Internasional Airport lebih Kurang 1.30 minit sahaja dan selamat tiba ke Air Port Sultan Inkandar MudaSetelah Sampai Ke Banda Aceh Kami disambut Oleh Supir di sana dan telah dibawa melawat Ke Kuburan Massal..Iaitu tempat pengebumian mangsa2 Tsunami...di sini dikebumikan kira-kira 46,718 mangsa Tsunami...Banyak perubahan yang terjadi akibat Tsunami yang berlaku da Banda Aceh..Banda Aceh tempat yang menarik....Barangan murah...banyak Masjid Membangun untuk bersolat..makanan yang sedap dan halal..dan anda jangan kuatir dengan penyeluk saku..kerana di aceh tidak ada penyeluk saku kerana mereka adakan hukuman hudud....saya pernah tertinggal kamera nikon dslr sy di hotel Mekkah Banda Aceh..Alhamdulillah tidak hilang dan tiada sapa ambik...tidak hangus Rm10K...

Memancing ikan memang sebuah kegiatan yang menyenangkan bagi pecinta memancing ikan. Sebagian orang melakukan kegiatan memancing untuk mencari suasana melepas lelah hingga menenangkan pikiran akibat stres akan pekerjaan yang menekan setiap hari. Tidak hanya itu saja memancing bagi sebagian orang menjadi mata pencaharian menangkap ikan untuk di jual kembali. Memancing bisa di lakukan di setiap spot memancing seperti sungai maupun laut. Tergantung selera anda jika memiliki budget yang lebih anda bisa memancing di laut dengan menyewa kapal nelayan dan memancing di tengah laut dalam. Memancing di tengah laut dalam memang menjadi sensasi tersendiri bagi setiap pemancing selain berpetualang anda akan bisa menargetkan ikan monster seperti ikan Giant Travelli hingga ikan layaran atau biasa di sebut sailfish. Berikut beberapa cara memancing di laut dalam yang ampuh.



Cara Memancing Di Laut dalam Terbaik

Untuk cara memancing di laut dalam ada beberapa hal yang perlu di perhatikan ketenangan dalam pancing anda. Sebaiknya anda menyiapkan alatan memancing yang terbaik untuk ikan laut dalam seperti joran berkekuatan medium hingga besar. Juga kail pilih yang berukuran sedang hingga besar. Kemudian penggunaan ril pastikan anda memiliki ril yang berkekuatan 90 lb lebih karena untuk mengantisipasi mendapatkan ikan yang lebih besar.





Cara Memancing Di Laut dalam Target Ikan Besar

Kemudian cara memancing di laut dalam yang terakhir adalah penggunaan teknik memancing yang tepat. Di laut dalam anda bisa memiliki beberapa teknik yang populer yakni teknik jigging dan teknik popping. Jigging adalah teknik memancing ikan dasaran yang mana menggunakan umpan metal jig dengan cara menenggelamkan umpan hingga kedasar laut kemudian menariknya kembali sambil di hentakan untuk menarik perhatian ikan predator. Kemudian teknik popping yang menggunakan umpan minnow atau umpan ikan tiruan dari kayu yang di lempar sejauh mungkin. Teknik popping ini membuat umpan masih mengapung di permukaan air dan menarik perhatian ikan di permukaan.

Jika anda ingin memancing ikan di laut dalam sebaiknya anda menggunakan cara memancing di laut dalam yang benar ini sasaran yang paling pas adalah memancing ikan besar.

Bagi Admin Kerap memancing ke Tuas Yan di Kedah....Tuas Payar,Dulang,Sg Udang,Submarine dan sebagainya.... 
Assalamualaikum..

Kalau entry yang lepas ada sy byk menceritakan mengenai photography...skrg sy menceritakan mengenai pesawah pula.Memang hidup pesawah susah..Sebut saja pesawah,mesti ramai yang terfikir bahawa mereka ini miskin.Sebenarnya mereka tidaklah miskin dan tidaklah juga kaya.Hidup mereka sederhana bersesuaian dengan keadaan dan situasi mereka.Dengan hanya memerah keringat di sawah,mereka mampu membesarkan anak-anak mereka hingga ke menara gading.Demi membesarkan anak-anak,mereka tidak pernah kenal erti susah atau letih biarpun di bawah sinaran mentari yang cukup panas menyinari mereka.Keluar dari seawal pagi hingga mentari terbenam baru mereka pulang.Itulah rutin mereka demi meneruskan kehidupan ini yang semakin mencabar..

Sekarang zaman sudah maju,kebanyakkan pesawah telah menggunakan peralatan moden atau jentera.Namun,walau sehebat manapun jentera itu beroperasi tapi mereka tetap juga harus turun ke sawah.Mungkin ramai generasi zaman sekarang sudah tidak tahu bagaimana caranya untuk mengendalikan kerja-kerja di sawah.Malah, mungkin langsung tidak tahu betapa susahnya hidup sebagai seorang pesawah.Terus-terang saya katakan,bukan senang untuk menjadi pesawah.Harus ada kesabaran dan keazaman yang tinggi.Setiap pesawah sentiasa berharap dan berdoa agar benih padi yang di semainya semalam selamat membesar hingga menjadi pokok padi.Kerana kita tidak tahu musibah apa yang akan menimpa anak benih itu.Andai banjir mahupun ribut,semua anak benih itu akan rosak dan hanyut di bawa arus air.Itu adalah satu kerugian yang terpaksa di tanggung oleh pesawah..

Tak perlulah kita memandang rendah terhadap seorang pesawah.Ini kerana,tanpa mereka kita tak mungkin dapat makan nasi hari-hari.Sebutir nasi ibarat setitik peluh pesawah.saya juga dilahirkan dari keluarga yang susah,dari kampung.Keluarga memang dari kalangan pesawah..makanan dan rezeki dari hasil titik peluh,penat bekerja dengan bersawah...kadang-kadang memang seronok bila dapat hasil padi dengan penat peluh sendiri..seronok sehingga tidak terkira..Alhamdulillah...

Rabu, 11 Januari 2012

















Ahad, 2 Oktober 2011





















background