Ahad, 26 Jun 2016

RAYA..WOW

Dah dekat nak raya sekarang...Pakat ramai dok update status pi beli pakaian raya bg tahun ni...Seronok tengok ibu bapa bawa anak-anak pergi membeli baju raya...


Dengan kegawatan ekonomi sekarang admin harap jangan la membazir...

1) Berbelanja mengikut kemampuan - rancang budget anda dan sentiasa beringat situasi kewangan anda, jangan sekali-kali 'lebih nafsu dari mampu' 2) Letak keutamaan/priority dalam setiap perbelanjaan anda - antara perabot dengan makanan, atau pakaian dengan duit raya, yang mana lagi penting. Ingat, mesti ikut budget! 3) Sediakan segala keperluan raya di awal waktu, elakkan pembelian saat akhir kerana ini boleh membawa kepada over budget kerana masa yang suntuk dan pilihan yang tidak banyak. 4) Jangan lupa simpanan anda - walaupun nak raya, simpanan tetap kena simpan (minimum 10% dari gaji). Mana la tau tiba-tiba emergency at least anda sudah bersedia.

Semasa dekat nak raya jangan buat perkara ini.


  • Jangan membuat pinjaman tunai dari kad kredit
  • Jangan membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk belanja raya
  • Elak dari memohon 'Cash in Advance' dari Bos anda
  • Elak dari berbelanja besar menggunakan kad kredit
  • Jangan sesekali meminjam wang dari peminjam wang tidak berlesen

Waktu Ramadhan di Bazar Ramadhan..Elakkan


  • elakkan makanan yang mahal
  • jangan membeli terlalu banyak makanan untuk berbuka, membazir
  • buat tempahan awal jika mahu berbuka di luar
  • ambil kesempatan jika berbuka di luar dengan promosi berbuka puasa

Waktu Shooping Raya Elakkan

  • Jangan shopping hanya kerana terpengaruh dengan sales raya
  • Pastikan anda mampu untuk ber-shopping
  • Beli barangan yang perlu sahaja - contohnya, cuma beli sepasang baju, jangan melebih-lebih sebab beli baju maka kena beli kasut, tudung, accessories dll
  • Setelah memilih barang untuk dibeli, periksa kualiti biar bersesuaian dengan harga 

Semasa Balik Kampung

  • untuk pemandu yang berseorangan, pilih lah untuk Carpool - lebih gembira dan selamat
  • buat pilihan jalan yang terbaik untuk perjalanan selesa (cek traffic report, eksiden dll)
  • pastikan memandu kereta yang sudah di-service baik
  • cek tekanan angin tayar kereta anda - tayar kempis menambahkan penggunaan minyak kereta
  • mengamalkan pemanduan selamat - memandu lagu dan selalu brek mengejut juga menambahkan penggunaan minyak kereta
  • Jangan gunakan lorong kecemasan..Lorong tu untuk kes Kecemasan sahaja.

p/s:So...Berhatilah semasa blk kg..Puasa biar cukup..Jgn pula berbuka awal...admin pernah tolong abg berniaga di bazar..siap ada org pi tapau lauk sambil dok kunyah nasi lagi.....xde adab lgsg..hehe

Filed Under :

0 Komen for "RAYA..WOW"

background