Rabu, 22 Jun 2016

Seorang Pesawah

Assalamualaikum..

Kalau entry yang lepas ada sy byk menceritakan mengenai photography...skrg sy menceritakan mengenai pesawah pula.Memang hidup pesawah susah..Sebut saja pesawah,mesti ramai yang terfikir bahawa mereka ini miskin.Sebenarnya mereka tidaklah miskin dan tidaklah juga kaya.Hidup mereka sederhana bersesuaian dengan keadaan dan situasi mereka.Dengan hanya memerah keringat di sawah,mereka mampu membesarkan anak-anak mereka hingga ke menara gading.Demi membesarkan anak-anak,mereka tidak pernah kenal erti susah atau letih biarpun di bawah sinaran mentari yang cukup panas menyinari mereka.Keluar dari seawal pagi hingga mentari terbenam baru mereka pulang.Itulah rutin mereka demi meneruskan kehidupan ini yang semakin mencabar..

Sekarang zaman sudah maju,kebanyakkan pesawah telah menggunakan peralatan moden atau jentera.Namun,walau sehebat manapun jentera itu beroperasi tapi mereka tetap juga harus turun ke sawah.Mungkin ramai generasi zaman sekarang sudah tidak tahu bagaimana caranya untuk mengendalikan kerja-kerja di sawah.Malah, mungkin langsung tidak tahu betapa susahnya hidup sebagai seorang pesawah.Terus-terang saya katakan,bukan senang untuk menjadi pesawah.Harus ada kesabaran dan keazaman yang tinggi.Setiap pesawah sentiasa berharap dan berdoa agar benih padi yang di semainya semalam selamat membesar hingga menjadi pokok padi.Kerana kita tidak tahu musibah apa yang akan menimpa anak benih itu.Andai banjir mahupun ribut,semua anak benih itu akan rosak dan hanyut di bawa arus air.Itu adalah satu kerugian yang terpaksa di tanggung oleh pesawah..

Tak perlulah kita memandang rendah terhadap seorang pesawah.Ini kerana,tanpa mereka kita tak mungkin dapat makan nasi hari-hari.Sebutir nasi ibarat setitik peluh pesawah.saya juga dilahirkan dari keluarga yang susah,dari kampung.Keluarga memang dari kalangan pesawah..makanan dan rezeki dari hasil titik peluh,penat bekerja dengan bersawah...kadang-kadang memang seronok bila dapat hasil padi dengan penat peluh sendiri..seronok sehingga tidak terkira..Alhamdulillah...
Filed Under :

0 Komen for "Seorang Pesawah"

background